Saper nak dapat fanpage LIKE yang banyak, gunakan apps ni!

13/10/2012

Betul ke kasut tumit tinggi punca payu dara kendur?



Korang ada baca BH Ahad hari ni? Aku tertarik dengan satu artikel yang ditulis dalam ruangan Dunia halaman 2. Ianya mengenai kasut tumit tinggi yang menjadi pakaian wajib kaum hawa, rupa-rupanya bukan sahaja memberikan penampilan menarik kepada si pemakai, malah turut memberikan kesan sampingan! Haa... Camane tu?

Dalam petikan tersebut, memang dah tahu sejak lama dulu kasut tumit tinggi ni menyebabkan masalah urat saraf pada kaki si pemakai selain salah satu punca tapak kaki menjadi rata.

Bagaimanapun kajian sekumpulan ahli sains menemui satu lagi kesan yang mengejutkan kepada wanita yang sukalah sangat pakai high-heels ni, apabila ia gak menjadi punca ASET BERHARGA mereka iaitu payu dara menjadi kendur... Aiseh... kira dah tak sedap mata memandang ler...

"Pemakaian kasut tumit tinggi menyebabkan otot dada menjadi lemah dan menyebabkan payu dara turut menjadi kendur dan TAK MENARIK dah..." kata seorang daripada penyelidik yang dipetik Majalah Prevention.



Katanya lagi, wanita sering beranggapan mereka akan kelihatan lebih tinggi, menawan dan seksi (der...) ketika memakai kasut tumit tinggi.

Sebenarnya, tanpa sedar semasa memakai tu pemakai akan mencondongkan tubuh ke hadapan hampir sepanjang masa. Keadaan ini menyebabkan otot menjadi tegang dan menarik bahu wanita secara berterusan.

Keadaan ni mengurangkan kecantikan bentuk tubuh dan lebih buruk lagi, badan yang sentiasa membongkok memberi tekanan kepada bahagian atas tulang belakang hingga ke leher dan menyebabkan sakit bahu.

Penyelidik berkenaan mengesyorkan supaya wanita sentiasa memerhatikan cara duduk kerana cara yang tidak betul boleh memburukkan lagi keadaan otot dada yang kendur akibat penggunaan kasut tumit tinggi.



-------------------------------------------------------------------------------------------------
Inilah Lubuk Rahsia Anda....!
- Lebih dari 100gb files untuk di download
- One Stop Center grafik, ebook,  movie etc
- Jimat, Mudah & Smart !!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kini anda tidak perlu lagi pening-pening kepala mana nak cari tempat untuk
download best-best termasuk grafik Photoshop yang cun melecun dan movie
terbaru yang mengujakan.

Lubuk Rahsia mampu memenuhi citarasa semua ke tahap yang maksimum.
Download yang terbaik tanpa henti, 24 jam sehari tidak kira di mana jua
anda berada.

Jom sertai kegembiraan Lubuk Rahsia hari ini !
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Penjagaan Kesihatan dan MITOS!



Seperti yang anda sudah ketahui, kekurangan nutrien boleh menjejaskan kesihatan dan kecergasan badan. Walaupun amalan pemakanan sihat sangat penting, terdapat mitos yang boleh menjejaskan kesihatan anda jika anda mempercayainya.

Berikut adalah mitos mengenai pemakanan sihat:

1. Bersenam dengan perut kosong.

Jika perut anda berkeroncong, ia cuba memberitahu anda sesuatu. Jika anda tidak menghiraukannya, anda memaksa badan anda bekerja tanpa bahan bakar. Sebelum bersenam atau melakukan apa-apa aktiviti fizikal, pastikan anda mengambil makanan ringan terlebih dahulu seperti sebiji epal.

2. Bergantung kepada biskut dan minuman tenaga.

Walaupun elok mengambilnya sekali sekala, ia tidak membekalkan antioksidan yang anda perlukan untuk menghalang penyakit. Lebih baik anda bergantung kepada buah-buahan dan sayur-sayuran memandangkan ia penuh dengan vitamin, mineral, cecair dan serat.

3. Tidak mengambil sarapan pagi.

Tidak mengambil sarapan bukan idea yang bagus memandangkan sarapan
pagi memulakan hari anda. Badan anda memerlukan bahan bakar secepat
mungkin, dan tanpanya, anda akan berlapar hingga ke tengahari.

4. Diet rendah karbohidrat.

Badan anda memerlukan karbohidrat untuk otot dan juga penyimpanan tenaga.

5. Makan apa saja yang anda mahu.

Pemakanan sihat dan bersenam tidak memberi anda lesen untuk memakan
apa saja yang anda mahu. Kita semua memerlukan nutrien yang sama, sama ada kita bersenam atau tidak.

6. Kalori tidak mencukupi

Walaupun menurunkan berat badan melibatkan kalori, kehilangan secara mendadak adalah merbahaya. Apa yang perlu dilakukan adalah mensasarkan untuk menurunkan 1 – 2 paun seminggu. Pastikan anda mendapat kalori yang cukup untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan sempurna.

7. Kurang minum.

Air, susu dan jus adalah minuman terbaik untuk mereka yang aktif. Anda perlu kerap minum dan tidak menunggu dahaga. Apabila anda merasa dahaga, badan anda sudah merasa kesan kekurangan air.

Menukar cara anda makan adalah langkah penting ke arah pemakanan sihat dan ia akan memberi kesan ke atas kesihatan anda. Semakin sihat pemakanan anda, semakin sihat badan anda. Tidak kira berapa umur anda, pemakanan sihat merupakan sesuatu yang perlu anda utamakan. Jika anda memberi peluang kepada pemakanan sihat, anda segera akan melihat bagaimana ia mengubah kehidupan anda – kepada yang lebih baik.

Anda nak tahu tahap mana kesihatan anda?



------------------------------------------------------------------------------------------------- 



Inilah Lubuk Rahsia Anda....!
- Lebih dari 100gb files untuk di download 
- One Stop Center grafik, ebook, movie etc
- Jimat, Mudah & Smart !! 


------------------------------------------------------------------------------------------------- 


Kini anda tidak perlu lagi pening-pening kepala mana nak cari tempat untuk
download best-best termasuk grafik Photoshop yang cun melecun dan movie
terbaru yang mengujakan.

Lubuk Rahsia mampu memenuhi citarasa semua ke tahap yang maksimum.
Download yang terbaik tanpa henti, 24 jam sehari tidak kira di mana jua
anda berada.



------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...